Selasa, 16 Agustus 2011

Kematian Sastera di Sabah: sebuah penilaian

Hasyuda Abadi
http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/

DUNIA sastera mengalami evolusinya. Sementelahan orang tidak faham bahawa sastera sebagai mekanisme kehidupan yang telah wujud semenjak manusia dilahir di dunia. Ia lahir bersama tangisan pertama bayi. Ia wujud terus hinggalah pada satu tahap kita sudah boleh berkata-kata dengan baik, mendengar suara merdu alam, menikmati makna setiap kata berdasarkan acuan yang dia ada, semua ini menjadi pengalaman dan menyebabkan dia bermakna dalam kehidupannya dan kehidupan manusia yang lain malah semakin ia matang dan dewasa, fikiran dan tingkahlakunya menjadi cermin orang lain dan masyarakat yang besar. Kini mereka menjadi pemimpin dirinya, bangsanya, agama dan negaranya. Namun sastera diberikan jenama yang lain yang dikeluarkan daripada jati diri seseorang hingga sastera itu sendiri telah mati. Satu kesedihan dan elegi ini untuk kita semua.Tapi benarkah ia telah mati? Selagi kita masih boleh berkata-kata dengan indah, selagi kita masih menikmati makna falsafah kemanusiaan dan selagi kita bahagia menjadi insan yang berfikir, sastera tetap hidup.Sastera tidak mati, percayalah.

‘Hidup’nya sastera berupa dunia yang tidak kelihatan tetapi ia dirasai dan dinikmati. Dari segi intrinsiknya, acuan menikmati itu juga tidak sama antara pembaca atau penikmat yang lain, yang berbeza latar kehidupan, latar pendidikan dan status dalam masyarakat mereka khususnya berkaitan dengan sikap, nilai dan dorongan. Dalam Puitika Sastera Malayu, Dr. Mohammad Haji Salleh (2006:38) meletakkan sastera sebagai alatan dan ekspresi bangsa Melayu yang terpenting, kerana di dalamnya juga tercakup karya-karya agama, adat istiadat, hukum, sejarah, salasilah, perubatan dan sebagainya. Ke dalamnya dicurahkan segala fikiran orang Melayu tentang tatanilai untuk dijadikan teladan, hubungan antara manusia yng melancarkan perjalanan masyarakat, malah hal-hal harian yang dapat membantu seseorang pembaca atau pendengar dalam hidupnya. Pramoedya Ananta Toer dalam novelnya Bumi Manusia dalam konteks sastera beliau menyatakan bahawa hasil sastera dan seni itu ialah keindahan. Pengalaman merasa wujud indah itu terlalu kompleks, malah menjadi persoalan yang abstrak dan boleh sekaligus konkrit. Pengalaman estetik dalam dunia sastera menjadi persoalan falsafah dan menjadi teka-teki intelektual yang dibahaskan dengan hangat sejak zaman Yunani Purba hingga kini.

Wellek dan Warren (1956:240) juga menyebutkan bahawa sastera ialah ‘aksi sosial dan etika’, suatu lakuan atau perbuatan sosial sesuatu bangsa. Aksi boleh berupa tindakan jasmaniah, pemberontakan, perebutan kuasa atau serahan untuk memajukan bangsa. Secara abstrak, aksi juga boleh merupakan usaha memilih yang baik daripada yang buruk, yang lurus daripada yang berliku-liku. Dalam hal lain, sastera juga tidak silu-silu memberikan gagasan, contoh dan petunjuk ke arah bagaimana manusia dapat menjadi lebih sempurna, lebih maju dan lebih baik. Dalam berbuat demikian sastera menggerakkan manusia berfikir, dan seterusnya bertindak ke arah kesempurnaan, kemajuan dan kebaikan. Mauduk yang di angkat dalam perbincangan sastera baru-baru bersifat provokatif – Sastera Sabah sudah mati! Bunyinya sungguh tidak masuk ke akal, bagaimana sastera boleh mati? Namun sewajarnya kita tidak memejamkan mata dan melupakan hujah-hujah yang pernah dilontarkan seorang pelajar tahun akhir Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Selain provokatif, kalimat ini merupakan pernyataan yang menggambarkan perjalanan kehidupan sastera di Sabah yang selama ini melalui keadaan simpang-siur yang akhirnya kabur dari pandangan. Tindakan DBP menjadikan mauduk ini sebagai landasan perbincangan mutakhir walaupun agak betat tapi masih belum terlewat, memberikan ruang terbaik untuk menemukan fokus yang sebenar di kalangan khalayak sastera.

Menghayati perbincangan sastera mutakhir di Sabah ia tidak sekadar membaiki pintu tetapi mengajak kita membukanya dengan berhemah. Alangkah besar dan luasnya dunia sastera itu sebenarnya. Pasti tidak semudah menyusun diksi oleh seorang penyair atau calitan warna-warni seorang pelukis menerusi kemahiran masing-masing. Benar bahawa ‘Sastera Sabah sudah mati’ perlu dilihat daripada perspektif yang lebih luas. Sastera harus mampu dimanipulasi secara sehat dan jujur. Memang benar juga, ramai tidak menyedari ‘kematian’ itu sebenarnya terus terjadi, hinggakan kita tidak benar-benar merasai ‘roh’ sastera wujud. Semua ini berpunca daripada tipisnya program pengisiandalam satu tempoh yang amat panjang menyebabkan sambutan masyarakat semakin mengecil. Masyarakat yang dimaksudkan termasuklah penggiat, pelanggan sastera malah pengurus sastera itu sendiri. Apa yang terjadi, wujud sikap asal jadi, tidak serius, melepas batuk ditangga di peringkat pengurusan sastera.Cuma akhir-akhir ini sudah kelihatan adanya penjernihan, mungkin bagus juga, tetapi mana hari-hari yang telah dilalui itu, yang tempohnya memberi kerugian yang teramat banyak sekali. Dalam tempoh dua dekad atau dua puluh tahun sastera di Sabah banyak kehilangan hinggakan satu ketika paling meruncing terpaksa mencari hala tujunya. Mana hala tuju yang lampau?

Penggiat tegar oleh aktivitis persatuan penulis merasakan tidak menerima layanan yang diperlukan padahal pengorbanan yang mereka lakukan bersifat sukarela semata-mata mendambakan agar dunia sastera terus bernafas dengan segar di bumi yang mewah dan merdeka. Sedangkan segala kemewahan itu hanya dinikmati segelintir pihak yang bijaksana menggunakan peluang, manakala penulis khususnya terus dihantui peluang terbaik, sampai bila, kita tidak tahu. Ramai penulis yang merajuk dan tidak mungkin terpujuk, mereka ini merupakan penulis yang begitu berwibawa pada satu tempoh.Jika pandangan luar mengatakan Sabah mempunyai kumpulan penulis yang hebat saya fikir ia tidak semudah sekadar tanggapan tanpa merujuk kepada roh kegiatan sastera yang lebih menyeluruh. Kita perlu melahirkan lebih ramai penulis, bukan setakat ramai bahkan perlu mengangkat mereka dengan prasarana-prasarana sedia ada. Memang tidak mudah. Pengurus sastera termasuklah pempimpin kerajaan yang berkaitan, yang hanya faham tentang tanggungjawab kerana mereka dibayar gaji barangkali hanya mampu melakukan pada tahap-tahap yang telah ditentukan. Nilai tambah yang diperlukan oleh pelanggan mereka amat sukar ditemui saat ini. Natijahnya, para penulis dan penggiat sastera mahu tidak mahu perlu menjana kewibawaan mereka menggerakkan aktiviti mereka sendiri. Penulis tetap berkarya. Mereka mengadakan pertemuan-pertemuan sesama rakan, berbincang dan menjalani proses penciptaan mengikut acuan mereka. Kumpulan-kumpulan membaca buku di lokasi-lokasi strategik juga membantu menyemarak nikmat sastera itu sendiri.

Semua ini hanya berupa elemen-elemen sokongan yang menyebabkan aktiviti sastera dirasai kewujudanya. Apa yang sering dipertikaikan hanya berhubung dengan soal pengisian bukan bertujuan mencari salah siapa. Mencari langkah terbaik agar kita boleh meneruskan acuan yang pernah dibina oleh generasi masa lalu. Tanpa sastera, sebahagian besar daripada ilmu bangsa Melayu tidak akan sampai kepada kita hari ini, atau kepada berpuluh generasi sebelum kita yang memerlukannya. Sekiranya pupus cerita-cerita lisan dan tulis dalam bentuk manuskrip, maka akan hilang pulalah ilmu bangsa itu. Di sisi kemegahan yang kita diterima dalam apa juga bidang, kita juga terlupa bahawa masih banyaak kelemahan terjadi di luar sedar. Kita tahu tidak pernah ada kesempurnaan untuknya. Kita namun boleh memperbaiki ketika kita terlupa untuk melakukan kebaikan tetapi segala kelemahan itu natijah lantaran cabaran-cabaran yang hebat.

Setiap hari kita akan berbicara dalam ungkapan sastera, ambuigiti – berlapis makna tetapi ada masanya kita terpaksa berkata di luar sastera, kita berdebat secara sehat. Kewajarannya sentiasa kita fikirkan berdasarkan hujah-hujah yang membawa kedewasaan lebih matang.

Sumber: http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/2011/05/kematian-sastera-di-sabah-sebuah.html

Tidak ada komentar:

A Rodhi Murtadho A. Azis Masyhuri A. Qorib Hidayatullah A.C. Andre Tanama A.S. Laksana Abdul Aziz Rasjid Abdul Hadi WM Abdul Malik Abdurrahman Wahid Abidah El Khalieqy Acep Iwan Saidi Acep Zamzam Noor Adi Prasetyo Afnan Malay Afrizal Malna Afthonul Afif Aguk Irawan M.N. Agus B. Harianto Agus Himawan Agus Noor Agus R. Sarjono Agus Sri Danardana Agus Sulton Agus Sunyoto Agus Wibowo Ahda Imran Ahmad Fatoni Ahmad Maltup SA Ahmad Muchlish Amrin Ahmad Musthofa Haroen Ahmad Suyudi Ahmad Syubbanuddin Alwy Ahmad Tohari Ahmad Y. Samantho Ahmad Yulden Erwin Ahmad Zaini Ahmadun Yosi Herfanda Ajip Rosidi Akhmad Sekhu Akmal Nasery Basral Alex R. Nainggolan Alexander G.B. Almania Rohmah Alunk Estohank Amalia Sulfana Amien Wangsitalaja Aming Aminoedhin Aminullah HA Noor Andari Karina Anom Andi Nur Aminah Anes Prabu Sadjarwo Anindita S Thayf Anindita S. Thayf Anitya Wahdini Anton Bae Anton Kurnia Anung Wendyartaka Anwar Nuris Anwari WMK Aprinus Salam APSAS (Apresiasi Sastra) Indonesia Ardus M Sawega Arie MP Tamba Arief Budiman Ariel Heryanto Arif Saifudin Yudistira Arif Zulkifli Arifi Saiman Aris Kurniawan Arman A.Z. Arsyad Indradi Arti Bumi Intaran Ary Wibowo AS Sumbawi Asarpin Asbari N. Krisna Asep Salahudin Asep Sambodja Asti Musman Atep Kurnia Atih Ardiansyah Aulia A Muhammad Awalludin GD Mualif Aziz Abdul Gofar B. Nawangga Putra Badaruddin Amir Bagja Hidayat Bakdi Sumanto Balada Bale Aksara Bambang Agung Bambang Kempling Bamby Cahyadi Bandung Mawardi Bedah Buku Beni Setia Benni Indo Benny Arnas Benny Benke Bentara Budaya Yogyakarta Berita Duka Berita Utama Bernando J Sujibto Berthold Damshauser Binhad Nurrohmat Bonari Nabonenar Bre Redana Brunel University London Budi Darma Budi Hutasuhut Budi P. Hatees Budiman S. Hartoyo Buku Kritik Sastra Bung Tomo Burhanuddin Bella Butet Kartaredjasa Cahyo Junaedy Cak Kandar Caroline Damanik Catatan Cecep Syamsul Hari Cerbung Cerpen Chairil Anwar Chamim Kohari Chavchay Saifullah Cornelius Helmy Herlambang D. Zawawi Imron Dad Murniah Dadang Sunendar Damhuri Muhammad Damiri Mahmud Danarto Daniel Paranamesa Dante Alighieri David Krisna Alka Deddy Arsya Dedi Pramono Delvi Yandra Deni Andriana Denny Mizhar Dessy Wahyuni Dewan Kesenian Lamongan (DKL) Dewey Setiawan Dewi Rina Cahyani Dewi Sri Utami Dian Hartati Diana A.V. Sasa Dianing Widya Yudhistira Dina Jerphanion Djadjat Sudradjat Djasepudin Djoko Pitono Djoko Saryono Dodiek Adyttya Dwiwanto Dody Kristianto Donny Anggoro Donny Syofyan Dony P. Herwanto Dorothea Rosa Herliany Dr Junaidi Dudi Rustandi Dwi Arjanto Dwi Fitria Dwi Pranoto Dwi S. Wibowo Dwicipta Dwijo Maksum E. M. Cioran E. Syahputra Egidius Patnistik Eka Budianta Eka Kurniawan Eko Darmoko Eko Hendrawan Sofyan Eko Triono Elisa Dwi Wardani Ellyn Novellin Elokdyah Meswati Emha Ainun Nadjib Endro Yuwanto Eriyanti Erwin Edhi Prasetya Esai Evi Idawati F Dewi Ria Utari F. Dewi Ria Utari Fadlillah Malin Sutan Kayo Fahrudin Nasrulloh Faisal Kamandobat Fajar Alayubi Fakhrunnas MA Jabbar Fanani Rahman Faruk HT Fatah Yasin Noor Fatkhul Anas Fazabinal Alim Fazar Muhardi Felix K. Nesi Festival Sastra Gresik Fikri. MS Frans Ekodhanto Fransiskus X. Taolin Franz Kafka Fuad Nawawi Gabriel García Márquez Gde Artawa Geger Riyanto Gendhotwukir Gerakan Surah Buku (GSB) Ging Ginanjar Gita Pratama Goenawan Mohamad Grathia Pitaloka Gufran A. Ibrahim Gunoto Saparie Gusty Fahik H. Rosihan Anwar H.B. Jassin Hadi Napster Halim HD Halimi Zuhdy Hamdy Salad Hamsad Rangkuti Han Gagas Haris del Hakim Hary B Kori’un Hasan Junus Hasnan Bachtiar Hasta Indriyana Hasyuda Abadi Hawe Setiawan Helvy Tiana Rosa Hendra Makmur Hepi Andi Bastoni Herdiyan Heri KLM Heri Latief Heri Ruslan Herman Hasyim Hermien Y. Kleden Hernadi Tanzil Herry Lamongan Heru Emka Hikmat Gumelar Holy Adib Hudan Hidayat Humam S Chudori I Nyoman Darma Putra I Nyoman Suaka I Tito Sianipar Ian Ahong Guruh IBM. Dharma Palguna Ibnu Rusydi Ibnu Wahyudi IDG Windhu Sancaya Iffah Nur Arifah Ignas Kleden Ignasius S. Roy Tei Seran Ignatius Haryanto Ignatius Liliek Ika Karlina Idris Ilham Khoiri Imam Muhtarom Imam Nawawi Imamuddin SA Iman Budhi Santosa Imron Rosyid Imron Tohari Indah S. Pratidina Indiar Manggara Indra Tranggono Indrian Koto Insaf Albert Tarigan Ipik Tanoyo Irine Rakhmawati Isbedy Stiawan Z.S. Iskandar Norman Istiqomatul Hayati Iswara N Raditya Iverdixon Tinungki Iwan Gunadi Iwan Nurdaya Djafar Jadid Al Farisy Jakob Sumardjo Jamal D. Rahman Jamrin Abubakar Janual Aidi Javed Paul Syatha Jay Am Jaya Suprana Jean-Paul Sartre JJ. Kusni Joanito De Saojoao Jodhi Yudono John Js Joko Pinurbo Joko Sandur Joni Ariadinata Jual Buku Paket Hemat Junaidi Abdul Munif Jusuf AN Karya Lukisan: Andry Deblenk Kasnadi Katrin Bandel Kedung Darma Romansha Khairul Mufid Jr Ki Panji Kusmin Kingkin Puput Kinanti Kirana Kejora Ko Hyeong Ryeol Koh Young Hun Komarudin Komunitas Deo Gratias Komunitas Penulis Katolik Deo Gratias Korrie Layun Rampan Kritik Sastra Kurniawan Kuswaidi Syafi'ie Lathifa Akmaliyah Latief S. Nugraha Leila S. Chudori Lembaga Pengembangan Pembelajaran dan Penjaminan Mutu (LP3M) Universitas Jember Lenah Susianty Leon Trotsky Linda Christanty Liza Wahyuninto Lona Olavia Lucia Idayani Luhung Sapto Nugroho Lukman Santoso Az Luky Setyarini Lusiana Indriasari Lutfi Mardiansyah M Syakir M. Faizi M. Fauzi Sukri M. Mustafied M. Yoesoef M.D. Atmaja M.H. Abid M.Harir Muzakki Made Wianta Mahmoud Darwish Mahmud Jauhari Ali Majalah Budaya Jejak Makmur Dimila Malkan Junaidi Maman S Mahayana Manneke Budiman Mardi Luhung Mardiyah Chamim Marhalim Zaini Maria Hartiningsih Mariana Amiruddin Martin Aleida Marwanto Mas Ruscitadewi Masdharmadji Mashuri Masuki M. Astro Media Dunia Sastra Media: Crayon on Paper Mega Vristian Melani Budianta Mezra E Pellondou MG. Sungatno Micky Hidayat Mikael Johani Mikhael Dua Misbahus Surur Moch Arif Makruf Mohamad Fauzi Mohamad Sobary Mohamed Nasser Mohamed Mohammad Takdir Ilahi Muhammad Al-Fayyadl Muhammad Amin Muhammad Muhibbuddin Muhammad Nanda Fauzan Muhammad Qodari Muhammad Rain Muhammad Subarkah Muhammad Taufiqurrohman Muhammad Yasir Muhammad Zuriat Fadil Muhammadun AS Muhyidin Mujtahid Munawir Aziz Musa Asy’arie Musa Ismail Musfi Efrizal Mustafa Ismail Mustofa W Hasyim N. Mursidi Nafi’ah Al-Ma’rab Naqib Najah Narudin Pituin Naskah Teater Nasru Alam Aziz Nelson Alwi Neni Ridarineni Nezar Patria Ni Made Purnamasari Ni Putu Rastiti Nirwan Ahmad Arsuka Nirwan Dewanto Noval Jubbek Novelet Nunung Nurdiah Nur Utami Sari’at Kurniati Nurdin Kalim Nurel Javissyarqi Nurhadi BW Obrolan Odhy`s Okta Adetya Orasi Budaya Akhir Tahun 2018 Orhan Pamuk Otto Sukatno CR Pablo Neruda Patricia Pawestri PDS H.B. Jassin Pipiet Senja Pramoedya Ananta Toer Pranita Dewi Prosa Proses Kreatif Puisi Puisi Pertemuan Mahasiswa Puji Santosa Pustaka Bergerak PUstaka puJAngga Putu Fajar Arcana Putu Setia Putu Wijaya R. Timur Budi Raja Radhar Panca Dahana Rahmah Maulidia Rahmi Hattani Rakai Lukman Rakhmat Giryadi Rambuana Ramzah Dambul Raudal Tanjung Banua Redhitya Wempi Ansori Reiny Dwinanda Remy Sylado Resensi Revolusi Ria Febrina Rialita Fithra Asmara Ribut Wijoto Richard Strauss Rida K Liamsi Riduan Situmorang Ridwan Munawwar Galuh Riki Dhamparan Putra Rina Mahfuzah Nst Rinto Andriono Riris K. Toha-Sarumpaet Risang Anom Pujayanto Rita Zahara Riza Multazam Luthfy Robin Al Kautsar Robin Dos Santos Soares Rodli TL Rofiqi Hasan Roland Barthes Romi Zarman Romo Jansen Boediantono Rosidi Ruslani S Prana Dharmasta S Yoga S. Jai S.W. Teofani Sabine Müller Sabrank Suparno Safitri Ningrum Saiful Amin Ghofur Sajak Salamet Wahedi Salman Rusydie Anwar Samsudin Adlawi Sapardi Djoko Damono Sarabunis Mubarok Sartika Dian Nuraini Sastra Using Satmoko Budi Santoso Saut Poltak Tambunan Saut Situmorang Sayuri Yosiana Sayyid Madany Syani Sejarah Sekolah Literasi Gratis (SLG) Sem Purba Seno Gumira Ajidarma Seno Joko Suyono Shiny.ane el’poesya Sigit Susanto Sihar Ramses Simatupang Sindu Putra Siti Mugi Rahayu Siti Sa’adah Siwi Dwi Saputro Sjifa Amori Slamet Rahardjo Rais Soeprijadi Tomodihardjo Sofyan RH. Zaid Sohifur Ridho’i Soni Farid Maulana Sony Prasetyotomo Sonya Helen Sinombor Sosiawan Leak Sri Rominah Sri Wintala Achmad St. Sularto STKIP PGRI Ponorogo Subagio Sastrowardoyo Sudarmoko Sudaryono Sudirman Sugeng Satya Dharma Suhadi Sujiwo Tedjo Sukar Suminto A. Sayuti Sunaryono Basuki Ks Sungatno Sunlie Thomas Alexander Suryadi Suryanto Sastroatmodjo Susilowati Sutan Iwan Soekri Munaf Sutardji Calzoum Bachri Sutejo Sutrisno Buyil Syaifuddin Gani Taufiq Ismail Taufiq Wr. Hidayat Teguh Winarsho AS Tengsoe Tjahjono Th. Sumartana Theresia Purbandini Tia Setiadi Tjahjono Widarmanto Tjahjono Widijanto TS Pinang Tu-ngang Iskandar Tulus Wijanarko Udo Z. Karzi Umbu Landu Paranggi Universitas Indonesia Urwatul Wustqo Usman Arrumy Usman Awang UU Hamidy Vinc. Kristianto Batuadji Vladimir I. Braginsky W.S. Rendra Wahib Muthalib Wahyu Utomo Wardjito Soeharso Wawan Eko Yulianto Wawancara Wayan Sunarta Weni Suryandari Wiko Antoni Wina Karnie Winarta Adisubrata Wiwik Widayaningtias Yanto le Honzo Yanuar Widodo Yetti A. KA Yohanes Sehandi Yudhis M. Burhanudin Yukio Mishima Yulhasni Yuli Yulia Permata Sari Yurnaldi Yusmar Yusuf Yusri Fajar Yuswinardi Yuval Noah Harari Zaki Zubaidi Zakky Zulhazmi Zawawi Se Zen Rachmat Sugito Zuriati